Sejarah Perpustakaan Negara Kosovo

Penubuhan

Sejarah penubuhan perpustakaan di Kosovo bermula sejak abad ke-14 dan 15.[1] Koleksi=koleksi masyarakat Kristian dan Islam merupakan koleksi tertua perpustakaan di Kosovo.[2]

Perpustakaan institusi Kosovo diasaskan secara rasmi pada Disember 1944 di bandar Prizren, yang pada masa itu merupakan ibu kota Wilayah Autonomi Kosovo.[3]

Pada tahun 1982, perpustakaan telah berpindah ke bangunan kini yang ibina di Pristina, ibu kota Kosovo yang baharu.

Selama bertahun-tahun nama Perpustakaan Negara telah berubah bergantung pada kedudukan politik di Kosovo.[4]

TahunNama
1944–1952Perpustakaan Daerah Wilayah Autonomi Kosovo
1956–1961Pusat Perpustakaan Wilayah Autonomi Kosova dan Metohija
1961–1970Perpustakaan Wilayah Negara
1970–1990Perpustakaan Negara dan Universiti Kosovo
1990–1999Perpustakaan Negara dan Universiti Kosovo dan Metohija
1999–2014Perpustakaan Negara dan Universiti Kosovo
2014- kiniPerpustakaan Negara Kosovo

Perhatikan bahawa bekas nama rasmi Perpustakaan Negara Kosovo pada asalnya di Albania dan boleh didapati dalam jurnal perpustakaanBibloletra

1989–1999

Pada tahun 1989, status Kosovo sebagai wilayah autonomi Serbia telah dibawalkan, puluhan ribu warga Kosovo Albania yang bekerja di sektor awam telah kehilangan pekerjaan mereka, dan pelajar Albania telah dihalang dari mengambil kursus dalam bahasa Albania. Koleksi-koleksi di perpustakaan awam dan swasta di Kosovo telah dibakar dan dimusnahkan.

Perpustakaan kemudiaannya digunakan untuk menempatkan sejumlah besar pelarian dari Bosnia-Herzegovina dan Croatia yang melarikan dari negara mereka disebabkan Perang Yugoslavia. Selepas pendudukan NATO di Kosovo pada bulan Jun 1999, ia telah mendedahkan bahawa Tentera Yugoslavia telah menggunakan perpustakaan sebagai pusat perintah-dan-kawalan. Bahan-bahan dalam perpustakaan telah dicuri, perabot telah dirosakkan dan kad katalog telah dibuang.


Menurut organisasi-organisasi kebangsaan dan antarabangsa, kira-kira 100,000 buku berbahasa Albania telah dihantar ke kilang kertas di Lipjan untuk pulpa. Antara buku tersebut adalah koleksi khazanah negara, yang mengandungi sejarah dan asal-usul negara.[5]

Pengorganisasian semula

Selepas perang di Kosovo, terdapat kehendak dan keinginan yang besar untuk membina semula bangunan perpustakaan dan membangunkansemula perkhidmatan perpustakaan di semua peringkat. Ia telah dilakukan dengan bantuan sekumpulan pakar dari UNESCO, CoE dan IFLA.[6]

Kumpulan pakar ini telah menjalankan program latihan yang berbeza seperti: Perundangan dan Pentadbiran, Perpustakaan Mudah Alih, Rekonstruksi, Buku dan Bacaan, Latihan dan Pembangunan Profesional Teknologi Maklumat, Warisan Budaya, Kanak-kanak dan Belia, Program Akses Terbuka, Sokongan Inisiatif dan sebagainya.[7]Semasa pengornisasian semula Perpustakaan Negara Kosovo telah dibantu oleh banyak institusi seperti Kedutaan Amerika Syarikat, OSCE, Zentralbibliothek Zürich, Inisiatif Artis Jerman, Raiffeisen Bank.[8]